CARA SEMBUHKAN LUKA JAHITAN DENGAN CEPAT| ISABELLA MASRI

LUKA JAHITAN BERSALIN


Time nak bersalin mesti nurse akan pesan kat ibu-ibu supaya jangan angkat punggungkan semasa meneran. Supaya tak terkoyak banyak. Ish, sapa yang nak terkoyak banyak kan? Sakit kot kena jahit even dah bius pun still terasa. Nyiluu je rasa jarum tu, menyucuk-nyucuk. Tapi masa meneran tu mana nak ingat ape dah. Ape yang kita tau, sakit dan cepat-cepat nak push bagi baby keluar. 

Tapi kalau meneran kuat sangat, kemungkinan risiko untuk terkoyak banyak tu tinggi.  Bila dah terkoyak banyak, banyak la kena jahitnya. Ngeri dan seram bila terfikir balik saat kena jahit tu. 

Masa bersalin Marwah dulu first time, takde pengalaman lagi, just buat research melalui pembacaan dan tanya mak-mak yang dah pernah bersalin je. Cara nak kontrol pernafasan, cara nak meneran, ape nak buat bagi luka tak terkoyak banyak. So, time nak push Marwah tu, dua kali push baru selamat keluar.

Terkoyak banyak juga la. Second degree tak la sampai third degree. Tapi itu pun sakit tak terkira dah. Kena jahit ada la dalam sejam juga. Lepas tu dalam pantang tetiba luka jahitan pula terbuka. Allahu seram fikir nak kena jahit balik. Azab kot. Selamat la sikit je dan doktor suruh biar je jahitan tu sembuh sendiri. Kalau tak mau menangis. 

Masa bersalin Marwah, luka jahitan lambat sembuh walaupun rasa jaga bukan main elok dah. Dekat sebulan juga baru betul-betul sembuh dan tak rasa sakit. Tapi masa lahir anak kedua ni, luka jahitan cepat sembuh tak sampai seminggu dan first degree je luka. Alhamdulillah. 

Luka jahitan memang kena jaga betul-betul bagi cepat sembuh. Selalunya luka jahitan akan sembuh dalam dua minggu selepas bersalin. Cepat atau lambat sangat bergantung pada pemakanan dan ape yang ibu buat. 

Kali ni Bella nak share cara sembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat berdasarkan pengalaman Bella sendiri dan juga melalui pembacaan Bella. 

CARA MUDAH KERINGKAN LUKA JAHITAN SELEPAS BERSALIN

1.Berhati-hati semasa bergerak
  • Berhati-hati apabila hendak bangun atau duduk di kerusi atau katil. Ingat selalulah turunkan lutut dulu kemudian baru letakkan punggung. Bergerak dengan perlahan-lahan, slow je. Jangan kelam kabut. 
2. Pastikan Miss V sentiasa bersih dan kering
  • Ibu mesti ingat, selepas jahit, miss v lebih terdedah kepada jangkitan kuman. Tambah pula bahagian luka tu selalu kena air. Jadi pastikan setiap kali ke tandas, kawasan miss v dibersihkan dengan sempurna menggunakan air dan juga dikeringkan. 
  • Bella selalu keringkan guna tisu. Lepas guna terus buang. Ibu pun prefer Bella guna tisu sebab sekali guna je. Kalau guna kain or towel takut ada infection ke ape nanti sebab guna banyak kali kan. So Bella prefer guna tisu lagi. 
3. Senaman Kegel sebelum bersalin
  • Buat senaman Kegel (kemutan otot seperti menahan kencing) dan lakukan urutan perineum. Senaman kegel dan urutan perineum ni buat masa dah masuk 3rd trimester. Ini untuk melatih dan menguatkan otot di bahagian tersebut untuk menghadapi tekanan dan regangan semasa proses bersalin nanti. 
  • Masa pregnant anak pertama Bella tak tahu sangat pasal ni. Masa pregnant kali kedua baru Bella start buat. Urutan Kegel Bella buat sehari 10x macam tu je, lepas tu naikkan sampai jadi 100x sehari kalau larat. Tapi Bella buat on off. Kadang-kadang terlupe. hihi. Urutan perineum Bella ada buat juga, tapi dua tiga kali je. haha... Bella tak berani nak buat urutan tu, husband pun sama. Next time kena buat betul-betul sebab urutan ni sangat membantu. 
4. Senaman Kegel selepas bersalin
  • Teruskan dengan senaman Kegel selepas bersalin. Ia dapat membantu merangsangkan peredaran darah danmempercepatkan penyembuhan luka serta mengelakkan peranakan jatuh. Ia juga membantu menurunkan risiko kencing tak lawas dan meningkatkan kembali daya seksual. 
  • Abah Bella selalu pesan dan ingatkan Bella daripada zaman sebelum kahwin lagi buat senaman kegel. Abah cakap nanti nak bersalin senang, tak sakit. Tapi masa tu remaja, tak kawin lagi, tak ambil berat sangat pasal ni. Sekarang nyesal juga la tak amalkan daripda dulu. huuu
5. Elakkan Sembelit
  • Sembelit uang teruk boleh menyebabkan jahitan senang terbuka. Tekanan yang tinggi pada bahagian bawah semasa sembelit adalah sangat tinggi. Jadi elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan sembelit. Lebihkan makan makanan yang berunsur fiber. 
  • Cara alternative boleh gunakan tuala bersih dan kering untuk tekan bahagian luka agar tidak terbuka semasa proses meneran. Masa berpantang Marwah dulu Bella sembelit teruk. Sakit sangat perut tapi tak boleh nak membuang. Alhamdulillah berpantang anak kedua, Safa, Bella takde sembelit langsung. Hari pertama bersalin dah boleh membuang. Bella consume Ostematrix Shaklee untuk bagi senang membuang. Alhamdulillah berkesan.
6. Cara membuang air kecil dengan betul
  • Kadang-kadang terasa sakit semasa membuang air kecil. Duduk dalam posisi yang kita sendiri selesa. Jika luka terasa sakit, jirus air suam pada vulva semasa membuang air kecil. Keringkan miss v dengan tuala atau tisu sehinga kering. Memadai dengan menekap-nekap secara perlahan. 
7. Jaga kebersihan Miss V 
  • Kerap tukar pad jika terlalu banyak darah. Sentiasa pastikan miss v sentiasa bersih untuk elakkan sebarabf jangkitan kuman. Nanti satu hal pula nak ke hospital semula untuk cuci kuman. 
  • Semasa discharge daripada hospital, doktor akan bekalkan ubat luka yang berwarna kuning (iodine). Setiap kali lepas buang air kecil atau besar, sapukan ubat tu pada miss v dengan menggunakan kapas atau tisu. Ada juga yang letak iodine pada pad. Bella kadang-kadang jirus je iodine dekat miss v supaya luka cepat sembuh dan elakkan jangkitan kuman pada luka.
8. Cukupkan keperluan nutrisi
  • Badan kita akan selalu sakit-sakit dan luka lambat sembuh jika kita tak dapat nutrisi yang cukup. Nutrisi tu terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral. Selalunya ibu-ibu yang bersalin yang kekurangan nutrisi akan rasa penat, tertekan, murung dan sakit-sakit badan.
  • Dengan pengambilan vitamin C secukupnya dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Selain tu, pengambilan vitamin C dapat mencegah jangkitan dan memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dengan cepat. Tambahan pula, vitamin C dapat menguatkan imunisasi baby yang sangat rendah ketika lahir melalui susu ibu. 

Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayur kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. 
Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air secara medadak, menyebabkan masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka ibu-ibu.
Untuk percepatkan penyembuhan luka bersalin, Bella juga cadangkan ibu-ibu ambil ESP shaklee. ESP juga membantu pemulihan luka dengan cepat. Kalau nak lagi power, boleh terus ambil vivix. Semasa pantang anak kedua, Bella consume vivix, alhamdulillah dalam masa seminggu je, luka jahitan bersalin dah sembuh dan bercantum.
Jika ibu-ibu alami luka lambat kering, sembelit, seram sejuk dan sakit badan semasa dalam pantang, sudah tiba masanya untuk ibu-ibu contact Bella 018-3722729 untuk dapatkan SET BERPANTANG TERBAIK.


0 comments:

Post a Comment