Assalammualaikum...
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, bengkak susu memamg tak dapat dielakkan. Ada yang bengkak sehari dua, ada yang berminggu-minggu dan ada yang sampai demam.
Masa bersalinkan Marwah, selalu juga bengkak susu. Ingat lagi pernah sampai demam. Masa bengkak susu tu, nak angkat tangan pun tak boleh. Sakit sangat sampai menangis-nangis. Tapi kali ni waktu bersalinkan Safa tak la seteruk tu sebab waktu ni Marwah masih menyusu. Jadi ada bantuan kakak Marwah yang belum wean off sepenuhnya. Alhamdulillah.
Sebenarnya pada awal proses kelahiran, payudara tidak terus membengkak. Kerana pada waktu ni yang terhasil hanyalah kolestrum iaitu susu pekat kekuningan yang sangat tinggi khasiatnya untuk keperluan baby pada waktu itu. Certain ibu yang tak tahu, diorang buang kolestrum tu. Rugiiiii tau.
Lama-kelamaan kelenjar susu akan mula menghasilkan susu yang banyak mengikut demand baby. Darah dan cecair limfa yang berlebihan yang ada dalam tisu payudara akan menyebabkan payudara mula membesar, lebih berat dan mengeras. Perkara ini tak lama. Selalunya selepas satu atau dua minggu, payudara akan lebih lembut dan tidak mengeras walaupun susu banyak.
Bengkak susu ni BAHAYA tak???
- Bengkak susu boleh menyebabkan kesukaran untuk baby kita menyusu
- Puting susu boleh sakit dan merekah. Ini disebabkan oleh baby kita yang cuba banyak kali untuk melekap kepada payudara yang membengkak tapi tidak berjaya. Hal ini akan menyebabkan bengkak susu bertambah teruk.
- Sekiranya semakin teruk, ia boleh menyebabkan salur susu kita tersumbat dan jangkitan payudara yang dikenali sebagai mastitis.
1. SUSUKAN BAYI DENGAN KERAP
Susukan baby sebaik sahaja selepas bersalin. Susukan sekerap yang mungkin. Sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam sekali.
2.PAM PAYUDARA
Kekerapan mengosongkan payudara dengan seberapa yang segera boleh menurangkan risiko puting payudara tersumbat. Selain penyusuan baby secara terus (direct breastfeeding), teknik power pumping juga sangat membantu.
Ibu juga boleh mengepam payudara setiap kali selepas baby menyusu. Cara ini juga dapat membantu untuk memastikan payudara ibu dapat dikosongkan sepenuhnya.
3. Pastikan baby hanya menyusu pada sebelah payudara sahaja pada satu-satu masa (antara 10-20 minit). Ini untuk memastikan payudara ibu betul-betul kosong. Susukan baby pada payudara sebelah lagi pada sesu seterusnya atau pada sesi yang sama jika baby masih mahu menyusu.
4. BABY MELEKAP DENGAN SEMPURNA
Pastikan baby melekap payudara dengan sempurna. Ini dapat memastikan baby menyusu dengan optimum dan susu dapat mengalir dengan llancar serta dapat dikosongkan dari payudara.
5. URUTAN MERMET
Urutan mermet menjadi satu indicator untuk membantu ibu mengenalpasti adakah payudara sudah dikosongkan sebaiknya. Payudara yang dikosongkan dengan sebaiknya akan menghasilkan susu dengan cepat.
6. MANDI AIR SUAM
Ibu juga boleh mandi dengan air suam. Biarkan air suam mengalir di payudara. Ini untuk merangsangkan LDR (Let Down Reflex) dan membiarkan sedikit susu untuk keluar dan melembutkan bahagian payudara ibu.
Pada masa yang sama sewaktu mandi, lakukan urutan secara membukat ke seluruh bahagian
payudara dengan sedikit tekanan di bahagian ketulan (jika ada).
7. TUAM DENGAN TUALA
Ibu juga boleh tuamkan tuala suam pada payudara setiap kali sebelum menyusukan baby. Ini bagi memudahkan pengaliran keluar susu.
8. PELBAGAIKAN POSISI MENYUSU
Pelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu baby melekap dengan lebih baik.
9. PEMAKAIAN BRA
Elakkan memakai bra yang terlalu ketat. Ia akan mengurangkan pengaliran susu melalui salurnya dan boleh menyebakan salur susu tersumbat.
10. MENGURUT PAYUDARA
Urut payudara sebelum dan selepas penyusuan sangatlah berkesan. Ia melancarkan pengeluaran susu ibu dan mendapakan LDR dengan lebih cepat.
11. ELAKKAN PUTING ATAU BOTOL
Elakkan memperkenalkan baby dengan puting ataupun botol pada bulan pertama kelahirannya, kecuali ada masalah dari segi perubatan. Otot mulut baby yang dah biasa menghisap puting ataupun botol susu adalah berbeza sekiranya menyusu dari ibu. Baby kita mungkin akan menghadapi masalah untuk menyusu secara direct dengan kita.
CARA TRADITIONAL MERAWAT BENGKAK SUSU
1.Sekiranya ibu-ibu nak cuba cara traditional untuk merawat bengkak susu, ibu boleh cuba gunakan daun kobis. Keluarkan kelopak kobis dan letakkan pada bahagian yang bengkak, tidur semalaman. In shaa Allah berkesan. Sejuk je rasa, besstttt!
2. Guna sikat. Yesss,sikat. Sikat rambut tu, ni betul-betul tau bukan melawak. Sikat perlaha-lahan pada payudara kita darimarah atas sehingga ke puting. Berulang-ulang. In shaa Allah aliran susu ibu akan lancar semula.
3. Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu. Cara dia, ambil daun sirihdan layurkan pada dengan api (ala, macam kita layurkan daun pisang tu). Opss, lupa lak, sapukan minyak zaitun dulu pada daun sirih sebelum layur. Apabila daun dah suam-suam panas, tekup pada payudara yang bengkak. Ia membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan sakit akibat bengkak.
Semoga bermanfaat...
xoxo
Isabella Masri
Shaklee ID 1258774
Whatsapp: 018-3722729
0 comments:
Post a Comment