CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG




Assalammualaikum...

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, bengkak susu memamg tak dapat dielakkan. Ada yang bengkak sehari dua, ada yang berminggu-minggu dan ada yang sampai demam. 

Masa bersalinkan Marwah, selalu juga bengkak susu. Ingat lagi pernah sampai demam. Masa bengkak susu tu, nak angkat tangan pun tak boleh. Sakit sangat sampai menangis-nangis. Tapi kali ni waktu bersalinkan Safa tak la seteruk tu sebab waktu ni Marwah masih menyusu. Jadi ada bantuan kakak Marwah yang belum wean off sepenuhnya. Alhamdulillah.

Sebenarnya pada awal proses kelahiran, payudara tidak terus membengkak. Kerana pada waktu ni yang terhasil hanyalah kolestrum iaitu susu pekat kekuningan yang sangat tinggi khasiatnya untuk keperluan baby pada waktu itu. Certain ibu yang tak tahu, diorang buang kolestrum tu. Rugiiiii tau. 

Lama-kelamaan kelenjar susu akan mula menghasilkan susu yang banyak mengikut demand baby. Darah dan cecair limfa yang berlebihan yang ada dalam tisu payudara akan menyebabkan payudara mula membesar, lebih berat dan mengeras. Perkara ini tak lama. Selalunya selepas satu atau dua minggu, payudara akan lebih lembut dan tidak mengeras walaupun susu banyak. 

Bengkak susu ni BAHAYA tak???
  • Bengkak susu boleh menyebabkan kesukaran untuk baby kita menyusu
  • Puting susu boleh sakit dan merekah. Ini disebabkan oleh baby kita yang cuba  banyak kali untuk melekap kepada payudara yang membengkak  tapi tidak berjaya. Hal ini akan menyebabkan bengkak susu bertambah teruk. 
  • Sekiranya semakin teruk, ia boleh menyebabkan salur susu kita tersumbat dan jangkitan payudara yang dikenali sebagai mastitis.

CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG




1. SUSUKAN BAYI DENGAN KERAP
Susukan baby sebaik sahaja selepas bersalin. Susukan sekerap yang mungkin. Sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam sekali. 

CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

2.PAM PAYUDARA 
Kekerapan mengosongkan payudara dengan seberapa yang segera boleh menurangkan risiko puting payudara tersumbat. Selain penyusuan baby secara terus (direct breastfeeding), teknik power pumping juga sangat membantu. 

Ibu juga boleh mengepam payudara setiap kali selepas baby menyusu. Cara ini juga dapat membantu untuk memastikan payudara ibu dapat dikosongkan sepenuhnya. 


CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

3. Pastikan baby hanya menyusu pada sebelah payudara sahaja pada satu-satu masa (antara 10-20 minit). Ini untuk memastikan payudara ibu betul-betul kosong. Susukan baby pada payudara sebelah lagi pada sesu seterusnya  atau pada sesi yang sama jika baby masih mahu menyusu. 


CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

4. BABY MELEKAP DENGAN SEMPURNA 
Pastikan baby melekap payudara dengan sempurna. Ini dapat memastikan baby menyusu dengan optimum dan susu dapat mengalir dengan llancar serta dapat dikosongkan dari payudara.

5. URUTAN MERMET
Urutan mermet menjadi satu indicator untuk membantu ibu mengenalpasti adakah payudara sudah dikosongkan sebaiknya. Payudara yang dikosongkan dengan sebaiknya akan menghasilkan susu dengan cepat. 


CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

6. MANDI AIR SUAM
Ibu juga boleh mandi dengan air suam. Biarkan air suam mengalir di payudara. Ini untuk merangsangkan LDR (Let Down Reflex) dan membiarkan sedikit susu untuk keluar dan melembutkan bahagian payudara ibu. 

Pada masa yang sama sewaktu mandi, lakukan urutan secara membukat ke seluruh bahagian 
 payudara dengan sedikit tekanan di bahagian ketulan (jika ada). 

7. TUAM DENGAN TUALA
Ibu juga boleh tuamkan tuala suam pada payudara setiap kali sebelum menyusukan baby. Ini bagi memudahkan pengaliran keluar susu. 


CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

8. PELBAGAIKAN POSISI MENYUSU
Pelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu baby melekap dengan lebih baik. 


CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

9. PEMAKAIAN BRA
Elakkan memakai bra yang terlalu ketat. Ia akan mengurangkan pengaliran susu melalui salurnya dan boleh menyebakan salur susu tersumbat. 


CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

10. MENGURUT PAYUDARA
Urut payudara sebelum dan selepas penyusuan sangatlah berkesan. Ia melancarkan pengeluaran susu ibu dan mendapakan LDR dengan lebih cepat. 



11. ELAKKAN PUTING ATAU BOTOL
Elakkan memperkenalkan baby dengan puting ataupun botol pada bulan pertama kelahirannya, kecuali ada masalah dari segi perubatan. Otot mulut baby yang dah biasa menghisap puting ataupun botol susu adalah berbeza sekiranya menyusu dari ibu. Baby kita mungkin akan menghadapi masalah untuk menyusu secara direct dengan kita.

CARA TRADITIONAL MERAWAT BENGKAK SUSU
CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

1.Sekiranya ibu-ibu nak cuba cara traditional untuk merawat bengkak susu, ibu boleh cuba gunakan daun kobis. Keluarkan kelopak kobis dan letakkan pada bahagian yang bengkak, tidur semalaman. In shaa Allah berkesan. Sejuk je rasa, besstttt!
CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

2. Guna sikat. Yesss,sikat. Sikat rambut tu, ni betul-betul tau bukan melawak. Sikat perlaha-lahan pada payudara kita darimarah atas sehingga ke puting. Berulang-ulang. In shaa Allah aliran susu ibu akan lancar semula. 
CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

3. Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu. Cara dia, ambil daun sirihdan layurkan pada dengan api (ala, macam kita layurkan daun pisang tu). Opss, lupa lak, sapukan minyak zaitun dulu pada daun sirih sebelum layur. Apabila daun dah suam-suam panas, tekup pada payudara yang bengkak. Ia membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan sakit akibat bengkak. 

Semoga bermanfaat...


xoxo
Isabella Masri
Shaklee ID 1258774
Whatsapp: 018-3722729


Continue Reading

CARA SEMBUHKAN LUKA JAHITAN DENGAN CEPAT| ISABELLA MASRI

LUKA JAHITAN BERSALIN


Time nak bersalin mesti nurse akan pesan kat ibu-ibu supaya jangan angkat punggungkan semasa meneran. Supaya tak terkoyak banyak. Ish, sapa yang nak terkoyak banyak kan? Sakit kot kena jahit even dah bius pun still terasa. Nyiluu je rasa jarum tu, menyucuk-nyucuk. Tapi masa meneran tu mana nak ingat ape dah. Ape yang kita tau, sakit dan cepat-cepat nak push bagi baby keluar. 

Tapi kalau meneran kuat sangat, kemungkinan risiko untuk terkoyak banyak tu tinggi.  Bila dah terkoyak banyak, banyak la kena jahitnya. Ngeri dan seram bila terfikir balik saat kena jahit tu. 

Masa bersalin Marwah dulu first time, takde pengalaman lagi, just buat research melalui pembacaan dan tanya mak-mak yang dah pernah bersalin je. Cara nak kontrol pernafasan, cara nak meneran, ape nak buat bagi luka tak terkoyak banyak. So, time nak push Marwah tu, dua kali push baru selamat keluar.

Terkoyak banyak juga la. Second degree tak la sampai third degree. Tapi itu pun sakit tak terkira dah. Kena jahit ada la dalam sejam juga. Lepas tu dalam pantang tetiba luka jahitan pula terbuka. Allahu seram fikir nak kena jahit balik. Azab kot. Selamat la sikit je dan doktor suruh biar je jahitan tu sembuh sendiri. Kalau tak mau menangis. 

Masa bersalin Marwah, luka jahitan lambat sembuh walaupun rasa jaga bukan main elok dah. Dekat sebulan juga baru betul-betul sembuh dan tak rasa sakit. Tapi masa lahir anak kedua ni, luka jahitan cepat sembuh tak sampai seminggu dan first degree je luka. Alhamdulillah. 

Luka jahitan memang kena jaga betul-betul bagi cepat sembuh. Selalunya luka jahitan akan sembuh dalam dua minggu selepas bersalin. Cepat atau lambat sangat bergantung pada pemakanan dan ape yang ibu buat. 

Kali ni Bella nak share cara sembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat berdasarkan pengalaman Bella sendiri dan juga melalui pembacaan Bella. 

CARA MUDAH KERINGKAN LUKA JAHITAN SELEPAS BERSALIN

1.Berhati-hati semasa bergerak
  • Berhati-hati apabila hendak bangun atau duduk di kerusi atau katil. Ingat selalulah turunkan lutut dulu kemudian baru letakkan punggung. Bergerak dengan perlahan-lahan, slow je. Jangan kelam kabut. 
2. Pastikan Miss V sentiasa bersih dan kering
  • Ibu mesti ingat, selepas jahit, miss v lebih terdedah kepada jangkitan kuman. Tambah pula bahagian luka tu selalu kena air. Jadi pastikan setiap kali ke tandas, kawasan miss v dibersihkan dengan sempurna menggunakan air dan juga dikeringkan. 
  • Bella selalu keringkan guna tisu. Lepas guna terus buang. Ibu pun prefer Bella guna tisu sebab sekali guna je. Kalau guna kain or towel takut ada infection ke ape nanti sebab guna banyak kali kan. So Bella prefer guna tisu lagi. 
3. Senaman Kegel sebelum bersalin
  • Buat senaman Kegel (kemutan otot seperti menahan kencing) dan lakukan urutan perineum. Senaman kegel dan urutan perineum ni buat masa dah masuk 3rd trimester. Ini untuk melatih dan menguatkan otot di bahagian tersebut untuk menghadapi tekanan dan regangan semasa proses bersalin nanti. 
  • Masa pregnant anak pertama Bella tak tahu sangat pasal ni. Masa pregnant kali kedua baru Bella start buat. Urutan Kegel Bella buat sehari 10x macam tu je, lepas tu naikkan sampai jadi 100x sehari kalau larat. Tapi Bella buat on off. Kadang-kadang terlupe. hihi. Urutan perineum Bella ada buat juga, tapi dua tiga kali je. haha... Bella tak berani nak buat urutan tu, husband pun sama. Next time kena buat betul-betul sebab urutan ni sangat membantu. 
4. Senaman Kegel selepas bersalin
  • Teruskan dengan senaman Kegel selepas bersalin. Ia dapat membantu merangsangkan peredaran darah danmempercepatkan penyembuhan luka serta mengelakkan peranakan jatuh. Ia juga membantu menurunkan risiko kencing tak lawas dan meningkatkan kembali daya seksual. 
  • Abah Bella selalu pesan dan ingatkan Bella daripada zaman sebelum kahwin lagi buat senaman kegel. Abah cakap nanti nak bersalin senang, tak sakit. Tapi masa tu remaja, tak kawin lagi, tak ambil berat sangat pasal ni. Sekarang nyesal juga la tak amalkan daripda dulu. huuu
5. Elakkan Sembelit
  • Sembelit uang teruk boleh menyebabkan jahitan senang terbuka. Tekanan yang tinggi pada bahagian bawah semasa sembelit adalah sangat tinggi. Jadi elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan sembelit. Lebihkan makan makanan yang berunsur fiber. 
  • Cara alternative boleh gunakan tuala bersih dan kering untuk tekan bahagian luka agar tidak terbuka semasa proses meneran. Masa berpantang Marwah dulu Bella sembelit teruk. Sakit sangat perut tapi tak boleh nak membuang. Alhamdulillah berpantang anak kedua, Safa, Bella takde sembelit langsung. Hari pertama bersalin dah boleh membuang. Bella consume Ostematrix Shaklee untuk bagi senang membuang. Alhamdulillah berkesan.
6. Cara membuang air kecil dengan betul
  • Kadang-kadang terasa sakit semasa membuang air kecil. Duduk dalam posisi yang kita sendiri selesa. Jika luka terasa sakit, jirus air suam pada vulva semasa membuang air kecil. Keringkan miss v dengan tuala atau tisu sehinga kering. Memadai dengan menekap-nekap secara perlahan. 
7. Jaga kebersihan Miss V 
  • Kerap tukar pad jika terlalu banyak darah. Sentiasa pastikan miss v sentiasa bersih untuk elakkan sebarabf jangkitan kuman. Nanti satu hal pula nak ke hospital semula untuk cuci kuman. 
  • Semasa discharge daripada hospital, doktor akan bekalkan ubat luka yang berwarna kuning (iodine). Setiap kali lepas buang air kecil atau besar, sapukan ubat tu pada miss v dengan menggunakan kapas atau tisu. Ada juga yang letak iodine pada pad. Bella kadang-kadang jirus je iodine dekat miss v supaya luka cepat sembuh dan elakkan jangkitan kuman pada luka.
8. Cukupkan keperluan nutrisi
  • Badan kita akan selalu sakit-sakit dan luka lambat sembuh jika kita tak dapat nutrisi yang cukup. Nutrisi tu terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral. Selalunya ibu-ibu yang bersalin yang kekurangan nutrisi akan rasa penat, tertekan, murung dan sakit-sakit badan.
  • Dengan pengambilan vitamin C secukupnya dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Selain tu, pengambilan vitamin C dapat mencegah jangkitan dan memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dengan cepat. Tambahan pula, vitamin C dapat menguatkan imunisasi baby yang sangat rendah ketika lahir melalui susu ibu. 

Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayur kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. 
Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air secara medadak, menyebabkan masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka ibu-ibu.
Untuk percepatkan penyembuhan luka bersalin, Bella juga cadangkan ibu-ibu ambil ESP shaklee. ESP juga membantu pemulihan luka dengan cepat. Kalau nak lagi power, boleh terus ambil vivix. Semasa pantang anak kedua, Bella consume vivix, alhamdulillah dalam masa seminggu je, luka jahitan bersalin dah sembuh dan bercantum.
Jika ibu-ibu alami luka lambat kering, sembelit, seram sejuk dan sakit badan semasa dalam pantang, sudah tiba masanya untuk ibu-ibu contact Bella 018-3722729 untuk dapatkan SET BERPANTANG TERBAIK.


Continue Reading

8 CARA MENGATASI SEMBELIT SEMASA BERPANTANG| ISABELLA MASRI



8 CARA MENGATASI SEMBELIT SEMASA BERPANTANG

.
DIET SEIMBANG

1. Amalkan diet yang seimbang semasa berpantang. Pastikan diet mommies terdiri daripada makanan yang berserat tinggi. Mommies juga kena makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. 
.
MINUM AIR PUTIH

2. Pastikan mommies minum air secukupnya, especially ketika menyusu baby. Pengambilan air yang cukup dapat membantu melembutkan najis dan memudahkan pergerakan usus.
.

SAKIT PERUT, BUANG AIR BESAR


3. Kalau mommies terasa macam nak ‘membuang’, cepat-cepat ke tandas. Jangan tahan tau. Elakkan sikap bertangguh, nanti takut mommies dapat sembelit yang teruk. Silap-silap boleh menjadi buasir.
.

PAKAI STOKING



4. Elakkan duduk ataupun baring terlalu lama. Cubalah untuk berjalan, walaupun sedikit demi sedikit kerana ia dapat membantu agar sembelit tidak menjadi semakin teruk.
.

PIL PELEMBUT NAJIS

5. Mommies juga boleh guna ubat pelembut najis yang disyorkan oleh doktor. Elakkan sembelit ni berlarutan, sebab di khuatiri ia boleh semakin mudarat menjadi buasir. Scary kan
.


TANDAS DUDUK, SENANG MEMBUANG AIR BESAR

6. Penggunaan tandas duduk sangat-sangat membantu untuk memudahkan mommies dalam pantang untuk membuang air besar. Jangan lupa gunakan bangku mahupun alas kaki, supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku di atas lutut.



VITAMIN C

.
7. Amalkan pengambilan vitamin C, sekurang-kurangnya 1000mg sehari.
.

PIL KALSIUM, OSTEMATRIX

8. Amalkan pengambilan kalsium, sekurang-kurangnya 1000mg sehari.
.
Alhamdulillah, Bella sendiri amalkan tips ni memang takde sembelit dalam pantang. Even makan banyak🙈.
.
Antara sayur yang Bella makan sepanjang berpantang ni, sayur sawi, carrot, dan brokoli. Buah-buahan lak Bella makan oren dan epal.
.
Vitamin C yang Bella amalkan of course vitamin c shaklee dan pil kalsium shaklee. Seriously, supplement nie sangat membantu Bella. Tak sembelit dan luka jahitan pun cepat sembuh.
.
Kadang-kadang sehari dua kali membuang.🙈    Mommies yang sembelit teruk, amalkan tips ni. In shaa Allah Berkesan,.
.
Macam mana nak beli Vitamin c dan pil kalsium? Dont worry. Boleh je comtact Bella 
.
#sembelit
#tipsatasisembelit
Continue Reading