MENU UNTUK WANITA HAMIL YANG SELALU LAPAR by: Dr. Zubaidi

MAKANAN IBU HAMIL YANG SELALU LAPAR


Wanita yang hamil mudah berasa lapar kerana mereka memerlukan lebih banyak tenaga dan nutrisi penting bagi perkembangan fizikal anak yang berada dalam rahIm.

Jadi ramai yang mengambil makanan ringan bagi mengurangkan rasa lapar, pada hal ia adalah amalan yang tidak sihat.

Selain dari makan hidangan berat, iaitu sarapan, makan tengah hari dan malam, puan boleh mengambil hidangan ringan sebanyak dua kali sehari, iaitu sebelah petang dan sebelum tidur.
Hidangan ini tidak semestinya berbentuk makanan, tetapi juga air jus.
  Kurangkan hidangan yang terlalu manis kerana membekalkan tinggi kalori dengan segera, dan tiada khasiat lain seperti kek.


Makanan yang masin juga harus dielakkan kerana boleh meninggikan risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi ketika hamil atau mengalami kaki bengkak.



Puan boleh mengambil beberapa biji gajus yang dijual di pasaraya yang besar sebagai hidangan ringan ketika rehat.Gajus sangat kaya dengan protein dan zat besi yang sangat diperlukan oleh bayi dalam rahem. Ia juga membekalkan serat agar ibu terhindar daripada masalah sembelit.


Puan juga boleh mengambil dua keping roti gandum bersama dengan sebiji telur. Roti gandum sangat kaya dengan magnesium dan zink.



Telur pula adalah sumber vitamin D dan kalsium yang sangat penting bagi pembentukan tulang anak dalam rahem.


Sesekali puan boleh mencuba menggoreng ikan sepotong Salmon menggunakan sedikit minyak sayuran bersama dengan sayur daun bayam. Ikan Salmon sangat kaya dengan Omega-3 yang sangat baik untuk pembentukan sel-sel tubuh dan saraf otak janin.



Sayur daun bayam pula mengandungi banyak asid folate, yang membantu mencegah janin mengalami spina bifida, atau kecacatan pada tulang belakang.


Puan boleh makan hidangan ringan ini dengan jus lobak merah yang dicampur dengan susu. Lobak merah kaya dengan vitamin A sementara susu kaya dengan protein dan kalsium.


ESP
.

Khusus kepada mommies yang mengandung di luar sana, yang ingin mendapatkan supplement tambahan semasa mengandung, boleh hubungi Bella melalui Whatsapp. Khas buat customer yang beli melalui Bella, Bella akan consult dan guide cara mengamalkan set hamil dengan cara yang betul sepertimana yang Bella sendiri amalkan sepanjang mengandung :)

ISABELLA MASRI,
Whatssap : +6018.372.2729
Your Shaklee Independent Distributor 

FOLLOW OFFICIAL INSTAGRAM SHAKLEE BELLA :

@isabellashaklee

FOLLOW OFFICIAL FB PAGE SHAKLEE BELLA :

Isabella Masri 
.

0 comments:

Post a Comment