CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG




Assalammualaikum...

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, bengkak susu memamg tak dapat dielakkan. Ada yang bengkak sehari dua, ada yang berminggu-minggu dan ada yang sampai demam. 

Masa bersalinkan Marwah, selalu juga bengkak susu. Ingat lagi pernah sampai demam. Masa bengkak susu tu, nak angkat tangan pun tak boleh. Sakit sangat sampai menangis-nangis. Tapi kali ni waktu bersalinkan Safa tak la seteruk tu sebab waktu ni Marwah masih menyusu. Jadi ada bantuan kakak Marwah yang belum wean off sepenuhnya. Alhamdulillah.

Sebenarnya pada awal proses kelahiran, payudara tidak terus membengkak. Kerana pada waktu ni yang terhasil hanyalah kolestrum iaitu susu pekat kekuningan yang sangat tinggi khasiatnya untuk keperluan baby pada waktu itu. Certain ibu yang tak tahu, diorang buang kolestrum tu. Rugiiiii tau. 

Lama-kelamaan kelenjar susu akan mula menghasilkan susu yang banyak mengikut demand baby. Darah dan cecair limfa yang berlebihan yang ada dalam tisu payudara akan menyebabkan payudara mula membesar, lebih berat dan mengeras. Perkara ini tak lama. Selalunya selepas satu atau dua minggu, payudara akan lebih lembut dan tidak mengeras walaupun susu banyak. 

Bengkak susu ni BAHAYA tak???
  • Bengkak susu boleh menyebabkan kesukaran untuk baby kita menyusu
  • Puting susu boleh sakit dan merekah. Ini disebabkan oleh baby kita yang cuba  banyak kali untuk melekap kepada payudara yang membengkak  tapi tidak berjaya. Hal ini akan menyebabkan bengkak susu bertambah teruk. 
  • Sekiranya semakin teruk, ia boleh menyebabkan salur susu kita tersumbat dan jangkitan payudara yang dikenali sebagai mastitis.

CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG




1. SUSUKAN BAYI DENGAN KERAP
Susukan baby sebaik sahaja selepas bersalin. Susukan sekerap yang mungkin. Sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam sekali. 

CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

2.PAM PAYUDARA 
Kekerapan mengosongkan payudara dengan seberapa yang segera boleh menurangkan risiko puting payudara tersumbat. Selain penyusuan baby secara terus (direct breastfeeding), teknik power pumping juga sangat membantu. 

Ibu juga boleh mengepam payudara setiap kali selepas baby menyusu. Cara ini juga dapat membantu untuk memastikan payudara ibu dapat dikosongkan sepenuhnya. 


CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

3. Pastikan baby hanya menyusu pada sebelah payudara sahaja pada satu-satu masa (antara 10-20 minit). Ini untuk memastikan payudara ibu betul-betul kosong. Susukan baby pada payudara sebelah lagi pada sesu seterusnya  atau pada sesi yang sama jika baby masih mahu menyusu. 


CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

4. BABY MELEKAP DENGAN SEMPURNA 
Pastikan baby melekap payudara dengan sempurna. Ini dapat memastikan baby menyusu dengan optimum dan susu dapat mengalir dengan llancar serta dapat dikosongkan dari payudara.

5. URUTAN MERMET
Urutan mermet menjadi satu indicator untuk membantu ibu mengenalpasti adakah payudara sudah dikosongkan sebaiknya. Payudara yang dikosongkan dengan sebaiknya akan menghasilkan susu dengan cepat. 


CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

6. MANDI AIR SUAM
Ibu juga boleh mandi dengan air suam. Biarkan air suam mengalir di payudara. Ini untuk merangsangkan LDR (Let Down Reflex) dan membiarkan sedikit susu untuk keluar dan melembutkan bahagian payudara ibu. 

Pada masa yang sama sewaktu mandi, lakukan urutan secara membukat ke seluruh bahagian 
 payudara dengan sedikit tekanan di bahagian ketulan (jika ada). 

7. TUAM DENGAN TUALA
Ibu juga boleh tuamkan tuala suam pada payudara setiap kali sebelum menyusukan baby. Ini bagi memudahkan pengaliran keluar susu. 


CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

8. PELBAGAIKAN POSISI MENYUSU
Pelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu baby melekap dengan lebih baik. 


CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

9. PEMAKAIAN BRA
Elakkan memakai bra yang terlalu ketat. Ia akan mengurangkan pengaliran susu melalui salurnya dan boleh menyebakan salur susu tersumbat. 


CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

10. MENGURUT PAYUDARA
Urut payudara sebelum dan selepas penyusuan sangatlah berkesan. Ia melancarkan pengeluaran susu ibu dan mendapakan LDR dengan lebih cepat. 



11. ELAKKAN PUTING ATAU BOTOL
Elakkan memperkenalkan baby dengan puting ataupun botol pada bulan pertama kelahirannya, kecuali ada masalah dari segi perubatan. Otot mulut baby yang dah biasa menghisap puting ataupun botol susu adalah berbeza sekiranya menyusu dari ibu. Baby kita mungkin akan menghadapi masalah untuk menyusu secara direct dengan kita.

CARA TRADITIONAL MERAWAT BENGKAK SUSU
CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

1.Sekiranya ibu-ibu nak cuba cara traditional untuk merawat bengkak susu, ibu boleh cuba gunakan daun kobis. Keluarkan kelopak kobis dan letakkan pada bahagian yang bengkak, tidur semalaman. In shaa Allah berkesan. Sejuk je rasa, besstttt!
CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

2. Guna sikat. Yesss,sikat. Sikat rambut tu, ni betul-betul tau bukan melawak. Sikat perlaha-lahan pada payudara kita darimarah atas sehingga ke puting. Berulang-ulang. In shaa Allah aliran susu ibu akan lancar semula. 
CARA MENGATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG

3. Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu. Cara dia, ambil daun sirihdan layurkan pada dengan api (ala, macam kita layurkan daun pisang tu). Opss, lupa lak, sapukan minyak zaitun dulu pada daun sirih sebelum layur. Apabila daun dah suam-suam panas, tekup pada payudara yang bengkak. Ia membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan sakit akibat bengkak. 

Semoga bermanfaat...


xoxo
Isabella Masri
Shaklee ID 1258774
Whatsapp: 018-3722729


Continue Reading

CARA SEMBUHKAN LUKA JAHITAN DENGAN CEPAT| ISABELLA MASRI

LUKA JAHITAN BERSALIN


Time nak bersalin mesti nurse akan pesan kat ibu-ibu supaya jangan angkat punggungkan semasa meneran. Supaya tak terkoyak banyak. Ish, sapa yang nak terkoyak banyak kan? Sakit kot kena jahit even dah bius pun still terasa. Nyiluu je rasa jarum tu, menyucuk-nyucuk. Tapi masa meneran tu mana nak ingat ape dah. Ape yang kita tau, sakit dan cepat-cepat nak push bagi baby keluar. 

Tapi kalau meneran kuat sangat, kemungkinan risiko untuk terkoyak banyak tu tinggi.  Bila dah terkoyak banyak, banyak la kena jahitnya. Ngeri dan seram bila terfikir balik saat kena jahit tu. 

Masa bersalin Marwah dulu first time, takde pengalaman lagi, just buat research melalui pembacaan dan tanya mak-mak yang dah pernah bersalin je. Cara nak kontrol pernafasan, cara nak meneran, ape nak buat bagi luka tak terkoyak banyak. So, time nak push Marwah tu, dua kali push baru selamat keluar.

Terkoyak banyak juga la. Second degree tak la sampai third degree. Tapi itu pun sakit tak terkira dah. Kena jahit ada la dalam sejam juga. Lepas tu dalam pantang tetiba luka jahitan pula terbuka. Allahu seram fikir nak kena jahit balik. Azab kot. Selamat la sikit je dan doktor suruh biar je jahitan tu sembuh sendiri. Kalau tak mau menangis. 

Masa bersalin Marwah, luka jahitan lambat sembuh walaupun rasa jaga bukan main elok dah. Dekat sebulan juga baru betul-betul sembuh dan tak rasa sakit. Tapi masa lahir anak kedua ni, luka jahitan cepat sembuh tak sampai seminggu dan first degree je luka. Alhamdulillah. 

Luka jahitan memang kena jaga betul-betul bagi cepat sembuh. Selalunya luka jahitan akan sembuh dalam dua minggu selepas bersalin. Cepat atau lambat sangat bergantung pada pemakanan dan ape yang ibu buat. 

Kali ni Bella nak share cara sembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat berdasarkan pengalaman Bella sendiri dan juga melalui pembacaan Bella. 

CARA MUDAH KERINGKAN LUKA JAHITAN SELEPAS BERSALIN

1.Berhati-hati semasa bergerak
  • Berhati-hati apabila hendak bangun atau duduk di kerusi atau katil. Ingat selalulah turunkan lutut dulu kemudian baru letakkan punggung. Bergerak dengan perlahan-lahan, slow je. Jangan kelam kabut. 
2. Pastikan Miss V sentiasa bersih dan kering
  • Ibu mesti ingat, selepas jahit, miss v lebih terdedah kepada jangkitan kuman. Tambah pula bahagian luka tu selalu kena air. Jadi pastikan setiap kali ke tandas, kawasan miss v dibersihkan dengan sempurna menggunakan air dan juga dikeringkan. 
  • Bella selalu keringkan guna tisu. Lepas guna terus buang. Ibu pun prefer Bella guna tisu sebab sekali guna je. Kalau guna kain or towel takut ada infection ke ape nanti sebab guna banyak kali kan. So Bella prefer guna tisu lagi. 
3. Senaman Kegel sebelum bersalin
  • Buat senaman Kegel (kemutan otot seperti menahan kencing) dan lakukan urutan perineum. Senaman kegel dan urutan perineum ni buat masa dah masuk 3rd trimester. Ini untuk melatih dan menguatkan otot di bahagian tersebut untuk menghadapi tekanan dan regangan semasa proses bersalin nanti. 
  • Masa pregnant anak pertama Bella tak tahu sangat pasal ni. Masa pregnant kali kedua baru Bella start buat. Urutan Kegel Bella buat sehari 10x macam tu je, lepas tu naikkan sampai jadi 100x sehari kalau larat. Tapi Bella buat on off. Kadang-kadang terlupe. hihi. Urutan perineum Bella ada buat juga, tapi dua tiga kali je. haha... Bella tak berani nak buat urutan tu, husband pun sama. Next time kena buat betul-betul sebab urutan ni sangat membantu. 
4. Senaman Kegel selepas bersalin
  • Teruskan dengan senaman Kegel selepas bersalin. Ia dapat membantu merangsangkan peredaran darah danmempercepatkan penyembuhan luka serta mengelakkan peranakan jatuh. Ia juga membantu menurunkan risiko kencing tak lawas dan meningkatkan kembali daya seksual. 
  • Abah Bella selalu pesan dan ingatkan Bella daripada zaman sebelum kahwin lagi buat senaman kegel. Abah cakap nanti nak bersalin senang, tak sakit. Tapi masa tu remaja, tak kawin lagi, tak ambil berat sangat pasal ni. Sekarang nyesal juga la tak amalkan daripda dulu. huuu
5. Elakkan Sembelit
  • Sembelit uang teruk boleh menyebabkan jahitan senang terbuka. Tekanan yang tinggi pada bahagian bawah semasa sembelit adalah sangat tinggi. Jadi elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan sembelit. Lebihkan makan makanan yang berunsur fiber. 
  • Cara alternative boleh gunakan tuala bersih dan kering untuk tekan bahagian luka agar tidak terbuka semasa proses meneran. Masa berpantang Marwah dulu Bella sembelit teruk. Sakit sangat perut tapi tak boleh nak membuang. Alhamdulillah berpantang anak kedua, Safa, Bella takde sembelit langsung. Hari pertama bersalin dah boleh membuang. Bella consume Ostematrix Shaklee untuk bagi senang membuang. Alhamdulillah berkesan.
6. Cara membuang air kecil dengan betul
  • Kadang-kadang terasa sakit semasa membuang air kecil. Duduk dalam posisi yang kita sendiri selesa. Jika luka terasa sakit, jirus air suam pada vulva semasa membuang air kecil. Keringkan miss v dengan tuala atau tisu sehinga kering. Memadai dengan menekap-nekap secara perlahan. 
7. Jaga kebersihan Miss V 
  • Kerap tukar pad jika terlalu banyak darah. Sentiasa pastikan miss v sentiasa bersih untuk elakkan sebarabf jangkitan kuman. Nanti satu hal pula nak ke hospital semula untuk cuci kuman. 
  • Semasa discharge daripada hospital, doktor akan bekalkan ubat luka yang berwarna kuning (iodine). Setiap kali lepas buang air kecil atau besar, sapukan ubat tu pada miss v dengan menggunakan kapas atau tisu. Ada juga yang letak iodine pada pad. Bella kadang-kadang jirus je iodine dekat miss v supaya luka cepat sembuh dan elakkan jangkitan kuman pada luka.
8. Cukupkan keperluan nutrisi
  • Badan kita akan selalu sakit-sakit dan luka lambat sembuh jika kita tak dapat nutrisi yang cukup. Nutrisi tu terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral. Selalunya ibu-ibu yang bersalin yang kekurangan nutrisi akan rasa penat, tertekan, murung dan sakit-sakit badan.
  • Dengan pengambilan vitamin C secukupnya dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Selain tu, pengambilan vitamin C dapat mencegah jangkitan dan memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dengan cepat. Tambahan pula, vitamin C dapat menguatkan imunisasi baby yang sangat rendah ketika lahir melalui susu ibu. 

Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayur kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. 
Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air secara medadak, menyebabkan masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka ibu-ibu.
Untuk percepatkan penyembuhan luka bersalin, Bella juga cadangkan ibu-ibu ambil ESP shaklee. ESP juga membantu pemulihan luka dengan cepat. Kalau nak lagi power, boleh terus ambil vivix. Semasa pantang anak kedua, Bella consume vivix, alhamdulillah dalam masa seminggu je, luka jahitan bersalin dah sembuh dan bercantum.
Jika ibu-ibu alami luka lambat kering, sembelit, seram sejuk dan sakit badan semasa dalam pantang, sudah tiba masanya untuk ibu-ibu contact Bella 018-3722729 untuk dapatkan SET BERPANTANG TERBAIK.


Continue Reading

8 CARA MENGATASI SEMBELIT SEMASA BERPANTANG| ISABELLA MASRI



8 CARA MENGATASI SEMBELIT SEMASA BERPANTANG

.
DIET SEIMBANG

1. Amalkan diet yang seimbang semasa berpantang. Pastikan diet mommies terdiri daripada makanan yang berserat tinggi. Mommies juga kena makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. 
.
MINUM AIR PUTIH

2. Pastikan mommies minum air secukupnya, especially ketika menyusu baby. Pengambilan air yang cukup dapat membantu melembutkan najis dan memudahkan pergerakan usus.
.

SAKIT PERUT, BUANG AIR BESAR


3. Kalau mommies terasa macam nak ‘membuang’, cepat-cepat ke tandas. Jangan tahan tau. Elakkan sikap bertangguh, nanti takut mommies dapat sembelit yang teruk. Silap-silap boleh menjadi buasir.
.

PAKAI STOKING



4. Elakkan duduk ataupun baring terlalu lama. Cubalah untuk berjalan, walaupun sedikit demi sedikit kerana ia dapat membantu agar sembelit tidak menjadi semakin teruk.
.

PIL PELEMBUT NAJIS

5. Mommies juga boleh guna ubat pelembut najis yang disyorkan oleh doktor. Elakkan sembelit ni berlarutan, sebab di khuatiri ia boleh semakin mudarat menjadi buasir. Scary kan
.


TANDAS DUDUK, SENANG MEMBUANG AIR BESAR

6. Penggunaan tandas duduk sangat-sangat membantu untuk memudahkan mommies dalam pantang untuk membuang air besar. Jangan lupa gunakan bangku mahupun alas kaki, supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku di atas lutut.



VITAMIN C

.
7. Amalkan pengambilan vitamin C, sekurang-kurangnya 1000mg sehari.
.

PIL KALSIUM, OSTEMATRIX

8. Amalkan pengambilan kalsium, sekurang-kurangnya 1000mg sehari.
.
Alhamdulillah, Bella sendiri amalkan tips ni memang takde sembelit dalam pantang. Even makan banyak🙈.
.
Antara sayur yang Bella makan sepanjang berpantang ni, sayur sawi, carrot, dan brokoli. Buah-buahan lak Bella makan oren dan epal.
.
Vitamin C yang Bella amalkan of course vitamin c shaklee dan pil kalsium shaklee. Seriously, supplement nie sangat membantu Bella. Tak sembelit dan luka jahitan pun cepat sembuh.
.
Kadang-kadang sehari dua kali membuang.🙈    Mommies yang sembelit teruk, amalkan tips ni. In shaa Allah Berkesan,.
.
Macam mana nak beli Vitamin c dan pil kalsium? Dont worry. Boleh je comtact Bella 
.
#sembelit
#tipsatasisembelit
Continue Reading

5 TIPS KULIT PUTIH, CANTIK & SIHAT | ISABELLA MASRI


MAKAN MAKANAN SEIMBANG

Perempuan dengan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Ibarat isi dengan kuku. Kulit yang putih, gebu, bebas jerawat, parut dan jeragat menjadi idaman setiap wanita diluar sana. Kulit yang cantik mesti kena sihat kan. Jom kita tengok 5 tips untuk kulit cantik, putih dan sihat.

 TIPS KULIT PUTIH, CANTIK & SIHAT


Kurang atau elakkan makan makanan yang  mengandungi lemak dan berminyak. Banyakkan makan makanan yang direbus, stim atau bakar. Selain tu, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

MINUM AIR PUTIH

Banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air sangat penting untuk elakkan daripada dehidrasi.Selain daripada itu, air yang cukup penting untuk kekalkan kelembapan bibir, kulit dan mencegah penuaan dengan cepat.

CUCI MUKA SEBELUM TIDUR

Biasakan diri cuci muka sebelum tidur. Jangan tidur dengan makeup di muka!! Nanti kulit muka akan berminyak dan jerawat mudah tumbuh. Korang boleh guna krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. 

TIDUR YANG CUKUP

Pastikan korang mendapat tidur dan rehat yang secukupnya. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh badan berfungsi dengan baik. Kalau korang tidur tak cukup, ia akan menyebabkan anda menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya.Selain itu, korang akan mendapat gelaran baru tau, PANDAWOMEN disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata. SCARY TAK??


LINDUNGI KULIT DARIPADA SINARAN MATAHARI

Penting untuk kita melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merbahaya. Ianya untuk mengelakkan muka menjadi merah, sunburn, dan timbul garis kedutan. Korang boleh pakai krim sun protection semasa keluar daripada rumah. 

5 tips di atas adalah tip asas yang amat mudah untuk diamalkan kan? Simple je. Hanya perlu usaha dari kita je. So, jangan nak bermalas-malasan ya. 

Ingat bukan senang nak cantik.... 

Continue Reading

KRONOLOGI BERSALIN ANAK KEDUA:

PART 1: TANGISAN KESYUKURAN





Alhamdulillah Muhammad Yusuf Safa selamat dilahirkan pada tarikh 25/12/2017 pada pukul 6:54 pagi.
 Hari nie Bella dah 23hari berpantang, tapi masih segar lagi diingatan setiap detik proses kelahiran Safa. Marwah pun Bella still ingat dengan jelas. Tapi kali ni kita citer pasal adik Safa dulu, next baru kakak Marwah.
.
24/12

12.30 tengah hari
Masa ni dah 37minggu dua hari. Waktu ni pergi jumpa Pak Ngah dekat airpot. Tak jalan banyak pun masa ni.Just pergi foodcourt je makan. Lepas tu masa jalan nak balik rasa sakit contraction sikit, rasa false alarm. Duduk kejap lepas tu ok.

4.30 Petang
Husband tak nak balik rumah lagi. Nak pergi Metsui Outlet kejap. Jalan-jalan katanya. Bosan balik rumah sebab awal lagi. Hmm sejak bila la husband Bella suka berjalan. Haha. Rupanya dia nak beli wallet baru. Tapi sebelum tu kitorang round dulu tingkat bawah cari kasut Marwah. Lepas tu naik tingkat atas lak. Masa tu rasa mengah sangat sebab jalan je non stop. Tak duduk pun.

Masa turun bawah balik tu, husband tak nak pulak beli wallet. Next time katanya. Jadi dah penat round satu mall tu, nak balik la. Tak larat dah. Masa otw nak keluar tu, rasa perut nak jatuh je. Macam ada benda berat nak jatuh. So Bella bagitau husband nak duduk kejap, lepas duduk 5 minit macam  tu dah ok. Terus balik.

10.30 Malam
Tetiba rajin nak repacking barang baby dan Bella masuk ziplock pack. Nanti ape-ape senang husband nak cari. (Nak ambil gambar tapi lupe🤣). Excited packing barang baby lepas tu antar dekat group family Bella kat Langkawi. Lepas packing tu rasa nak explain lak kat husband mana beg baby, beg Bella dan Beg makanan sekali dengan supplement. Siap ingatkan husband lagi nanti kalau dah sakit, tolong bancuh ESP 3scoop dengan Milo, time dah sakit sangat contraction ingatkan Bella makan Ostematrix 2 jam sekali.

Siap bincang lagi esok nak pergi IOI Mall beli barang baby, pergi Giant. Lepas tu nak beli air  dragon fruit la. Macam-macam planning. Excited nak keluar esok. Sebelum tidur malam tu Bella consume 8biji Ostematrix (double) sebab siang tadi dah jalan banyak. Takut krem kaki dan sakit badan.

12.00/1.00 Malam
Tersedar sebab rasa lenguh pinggang. Sempat lagi kacau husband tidur. Tapi dia  buat dek je. Bella cakap tak boleh tidur. Husband reply “hmmmm”, sabo je la. Maybe penat sangat keluar siang tadi, melayan kerenah Marwah. Bella bangun jalan, pusing-pusing dalam bilik, lepas tu sandar kat dinding. Rasa sakit dengan lenguh pinggang tak hilang. Alang-alang terjaga Bella terus ambil wuduk solat sunat tahajud dan taubat. Masa ni tak terdetik pun rasa nak bersalin ke ape lagi.

2.30-4.30pagi
Still tak boleh tidur masaa ni. Rasa lenguh. sakit contraction.  Husband dah rasa lain macam sebab dari tadi tak boleh tidur. Bella cakap maybe sebab banyak jalan kot tadi. Sakit contraction pun tak sakit sangat, still boleh tahan. Takut false alarm je. So Bella tak nak pergi hospital.

5.00-5.30 pagi
Time ni tetiba rasa makin sakit. Bella nak baring tak boleh, so duduk je atas kerusi. Time mi la juga Marwah tetiba bangun nak menyusu. Bella cakap tak boleh sebab Ummi sakit. Dia nak nangis dan mengamok mula-mula. Tapi tak jadi bila Bella tetiba rasa sakit sampai gegar  meja kat sebelah. haha. Husband dah paksa pergi hospital. Bella cakap belum lagi, baby keluar tahun depan. Punya degil tak nak pergi.Lepas tu contraction makin lama makin kerap, konsisten lak tu. Bella cakap jom la.

Marwah pandang je Bella. Macam dah tahu je adik dah nak keluar. Haha. Husband naik atas antar marwah dekat adik dan bagitau ibu yang Bella dah rasa sakit nak bersalin. Masa husband naik atas tu ibu cakap “ala dah nak bersalin ke, ibu baru lepas doa ni bagi berdalin tshun depan”. Masa ni ibu baru lepas solat. Ibu turun bawah tengok Bella.

Masa nak bangun dari katil nak keluar bilik, tetiba tak boleh nak bangun. Rasa sakit sangat-sangat. Macam ada benda tekan dan nak jatuh. Berat sangat. Bella paksa jalan, sempat keluar sikit je dari bilik dan duduk atas kerusi. Lepas tu memang tak boleh bangun dah. Ibu dengan adik tolak Bella atas kerusi sampai depan pintu. Husband dah siapkan barang dan start keta.

Nak bangun pergi keta pun tak boleh. Ibu suruh call ambulans. Bila call dia banyak temuramah lak😅 Ambulans dari Putrajaya. Bella cakap cepat la tengah sakit ni, husband risau lambat sebab dari putrajaya je dah 40 minit, nak patah balik nanti.So Bella decide nak pergi dengan keta je. Bila dah ok sikit, terus bangun cepat-cepat naik keta.

Bella ajak ibu ikut sekali. Ibu lak sakit perut masa tu. Haha. Bella suruh ibu pergi tandas dulu. (sempat lagi kan)🙈 Sebab Bella tak expect pun nak bersalin. Tak ready lagi. Dalam keta Bella suruh husband pergi solat dulu, dia tak nak. Dia nak solat kat hospital. Masa tunggu ibu tu tetiba sakit lagi, Bella  terus makan Ostematrix 4 biji. Masa yang sama tetiba rasa basah kat bawah, suruh husband tengok, dia cakap dah turun darah. Bella pun ok je la. Nak bersalin dah ke aku ni

Dekat 10 minit juga la tunggu ibu. Hihi. Tapi ok la perut ni tak meragam. Masa otw pergi hospital tu, dalam keta ada la 3-4 kali contaraction. Ibu urut leher dan bahu Bella. Setiap kali sakit Bella akan pegang kuat  lengan husband tengah drive, transfer sakit. hihi. Dalam keta Bella sempat lagi makan ostematrix 4 biji, masa ni dah tak sempat tengok jam ke ape dah. Rasa sakit je, telan. Lepas tu Bella minum air zamzam, minta ibu kurma. Mama Bella pesan kalau sakit macam mana pun, makan juga dulu. Bagi ada tenaga, takde selera pun paksa makan. Nanti lembik.

6.20@630. (dah tak tengok jam dah)
Sampai je hospital, terus naik wheel chair. Nurse tolak masuk wad bersalin. Masa ni dah tak sakit contraction dah.

Nurse: Awak start sakit pukul berape
Bella: Dalam pukul satu dua pagi macam tu
Nurse: Lain kali kalau rasa sakit terus datang hospital. Nie anak first atau nombor dua?
Bella: Nombor dua
Nurse: Patut la. Kejap doktor check

Doktor datang je terus tanya sakit ke tak dan ada tak keluar air ketumban atau darah. Bella bagitau la husband check tadi katanya ada turun darah. Bila doktor nak tengok, nampak macam air bukan darah sebab seluar masa tu warna grey, so tak nampak la darah. Bella masa tu blur-blur, boleh lak cakap "ehh, takde darah la". Selamat tak kena marah. haha. Tapi memang dah turun darah pun.

Doktor check bukaan, lepas tu kelam kabut suruh tukar baju hospital. Nurse lain pun tetiba kelam kabut. Yang Bella still blur. Bukak je la baju semua. Tak sempat nak pakai baju hospital, nurse suruh transfer katil lepas tu tutup je badan dengan baju bersalin warna pink tu, terus tolak masuk labour room. Dalam hati Bella bersyukur sangat,lega. Dah buka dah nie, lebih 4cm kot.

Masuk labour room, sorang nurse nie dok sibuk prepare gunting. Bella dah cuak. Terus tanya, nak kena "gunting ke?'' dah tak ingat term episiotomy ke ape. Nurse tu pelik and tanya Bella balik nie anak first kan. Bella cepat-cepat cakap tak, nie dah anak kedua. Lepas tu nurse tu bising, sape la bagitau aku tadi nie first delivery. Haha.

Fuhh. Selamat tanya. Kalau tak tak pasal-pasal kena gunting lagi sekali. Sakit kot. Masa gunting tak rasa apa dah, masa jahit tu seram (experience bersalin marwah dulu). Then nurse tu terus suruh baring posisi nak bersalin. Lepas bukak je bahagian bawah, nurse tengok.Lepassss tu tau tak nurse cakap ape?????

Jeng..
Jeng..
Jenggggg..

Nurse: Cepat push
Bella: Huh? Push??
Nurse: Ya cepat push, kepala baby dah kat bawah nie. Dah nampak dah
Bella: Tapi saya tak rasa sakit lagi
Nurse: Takpe, push je

Dalam hati Bella biar betul nak push tak sakit contraction nie, kang terlebih push terkoyak banyak. So Bella relax jap, harap ada sakit contraction. Alhamdulillah tetiba rasa sakit, tapi tak sakit sangat macam nak push marwah dulu. Bella pun terus teran. Dua kali teran alhamdulillah baby keluar.

Alhamdulillah lega sangat. Lepas tu nurse tanya dah tahu tak dapat anak ape. Bella cakap scan hari tu tak nampak. Dalam hati sempat berdoa bagilah anak lelaki. Bila nurse letak atas dada, tengok lelaki. Allahuakbar, menitis air mata. Allah makbulkan doa Bella dan suami. Alhamdulillah.

Lepas tu nurse ambil baby. Nurse nak keluarkan uri dan jahit. Masa jahit tu, nurse bius dua kali. Tapi still rasa sakit masa jahit especially bahagian kulit luar. Nurse bagitau maybe dia bius tak cukup. Dalam koyak sikit je, tapi luar banyak sebab kulit Bella nipis. So memang tak boleh elak, kena jahit juga. Plus punggung pun kecik. Redha je kena jahit.

Tapi yang best dan Bella bersyukur sangat, kali nie jahit Bella tak nangis. Still boleh tahan. Siap sembang dengan nurse lagi masa dok jahit tu. Nurse tu ramah sangat, siap bagi tip-tip berpantang, cerita pengalaman dia bersalin. Lepas da siap jahit tu, tetiba nak buang air kecil lak. Minum banyak sangat dalam keta malam tadi. Nak bangun nurse tak bagi takut pening ke ape.  Dia tolong ambilkan tempat untuk kencing . First time guna. Selamat la boleh buang air kecil dalam tu. Tempat buang air kecil tu macam tandas biasa tapi kecil dan ringan, lebih kurang macam gambar kat bawah nie ha.


Dah settle semua, tunggu doktor datang check jahitan lak. Sambil-sambil tunggu tu, nurse tadi bukakkan youtube zikir Hafiz Hamidun. Rasa tenang je. Masa tu rasa macam mimpi, tak percaya dah bersalin. Senang bersalin, mudah dan tenang, mengalir lagi air mata. Allah makbulkan doa Bella. Allahu. Walaupun tak bersedia, perancangan Allah adalah yang terbaik.
.
Dapat nurse, doktor, semua yang baik-baik. Layanan terbaik. Ehhh, jap, masa tu husband Bella kat mana??  Nak tahu lagi tak lepas tu ape terjadi? Ape Bella amal dan praktikkan untuk mudah bersalin? Ok, nie lawak. Kita sambung next entry ok. Part 2. Stay tune .

Terima kasih sudi baca entry pengalaman bersalin anak kedua Bella. Baca juga tau part dua nanti.
Continue Reading

PENGALAMAN BELLA MENGANDUNG DENGAN SET HAMIL SHAKLEE


Assalammualaikum. Hiiiii. 
Kali nie Bella nak citer pasal pengalaman Bella pregnant menggunakan Full Set Hamil Shaklee. Ni kali kedua Bella pregnant. Tapi first time cuba set hamil ni. Pengalaman yang sangat berbeza daripada first prenancy. 

Dulu masa first trimester, Bella alah sangat. Sakit kepala, pening, dan mual. Bulan puasa tak boleh makan nasi masa sahur. Mesti muntah. Lepas tu letih yang amat. Balik je dari keje (dulu Bella jadi cikgu ganti selama 3 bulan) mesti letih sangat, nak tido je sampai adik Bella bagi gelaran "kain buruk' kat Bella. 

Kureng asam betul kan. Dia cakap sebab letih sangat sampai tak boleh nak buat ape. Sikit-sikit minta tolong dia ambilkan something. Masuk trimester kedua alahan dah kurang sikit tapi still letih dan sakit kepala. Trimester ketiga alhamdulillah dah ok. 

Tapi pregnant kali kedua nie Bella tak perasan langsung Bella pregnant. Masa pregnant tahun lepas, Bella start ambil tempahan cookies untuk raya. Tido tak payah cakap la, memang tido tak cukup.Tido lewat bangun awal. Sehari Bella buat 10 adunan guna mixer biasa je. Nampak sikit tapi penat. 

Satu malam tu Bella tido lewat dalam pukul 4.30 pagi sebab nak siapkan adunan, besok bangun boleh bakar je. Masa tu Bella rasa sakit pinggang sangat sampai nangis sorang-sorang sebab tak tahan sakit.  Tapi tak expect ape-ape. Sampai la one day tu Marwah tantrum lain macam.

So masa tu Bella terdetik kat hati, ntah-ntah pregnant kot. Bella stop jap buat cookies, pegi check UPT (urine pregnancy test). Tengok result positif. Masa tu terkejut sangat sebab Bella memang nak sangat pregnant. Alhamdulillah lepas 6 bulan usaha, ada rezeki pregnant lagi. 

Excited sangat terus whatsapp Husband. No wonder la Marwah meragam. Dia dah tahu dulu nak dapat adik. Hiks. Nak reconfirm, Bella pergi klinik check. Alhamdulillah positif. Masa tu baru 2 minggu ke tiga minggu macam tu. 

Bella terkejut juga sebab memang banyak angkat berat, tido tak cukup tapi takde alahan or tanda langsung yang Bella pregnant. Dapat detect pun sebab perangai Marwah lain macam sangat. Masa ni Bella da ambil supplement shaklee. Set menyusu. 

Bila dah tau pregnant, Bella continue Full Set Hamil, supplement sama je cuma Bella stop consume Alfafa. Maybe sebab memang dah consume supplement daripada awal, so takde alahan langsung dan rasa bertenaga je. Sampai tak perasan pregnant lagi. Haha.

Sepanjang tempoh kehamilan kedua ni, Bella consume ESP, Ostematrix, Vitamin C, Vitalea, B-complex dan Omega Guard. 

Seriously, second prenancy nie Bella rasa bertenaga sangat. Jauh berbeza dengan first prenancy especially masa first trimester.Selain tu, Bella ada thalassemia, so hb memang low. Daripada anak first low je. Tapi kali nie even HB memang rendah, tapi still normal untuk ibu yang ada thalassemia. Range Hb Bella paling rendah 9.2, dan paling tinggi 10.8.

Doktor pun cakap memang susah nak naik above 11 if ada thalassemia. Tapi if 9.0 keatas, dah ok dah. Plus jarak anak pula terlalu dekat. So its really normal. Dont worry. Alhamdulillah, nie pun asbab consume Vitalea dan supplement shaklee yang lain. 

Setiap kali jumpa nurse dan doktor yang berbeza kat KK, diorang akan tanya Bella makan supplement tambahan tak? Untuk tambah darah makan ape? Bella bagitau la makan full set  hamil shaklee dan untuk tambah darah consume Vitalea. Dalam hati  setiap kali cakap risau juga doktor marah ke ape. Tapi diorang just cakap, ok, continue makan. 

Kaki Bella pun tak pernah bengkak sepanjang hamil. Tak rasa sakit. Haa, lagi satu, Bella jarang kena simpul biawak, sakit pinggang, lenguh badan atau urat. Time kena tu sebab terlupa nak makan ostematrix sebelum tido. Bila kena tarik mengkarung, Allahu sakit sangat. Lepas tu dah insaf, macam mana pun sebelum tido telan dulu ostematrix. 

Sembelit pun jarang asbab makan ostematrix. Ostematrix nie ada kalsium dan magnesium. Bantu untuk lawaskan sistem pembuangan kita. Setiap hari mesti membuang. Dulu, tiga empat hari sekali baru nak membuang. Seksa rasa. 

ESP pun one of my feveret. Selalu kalau dah ada anak nie, mesti makan lewat kan. Especially breakfast. Lepas tu mula la sakit perut, pedih perut. Tak elok untuk baby dan mommies sendiri. Nanti perut masuk angin dan paling takut kalau gastrik. So setiap pagi Bella just shake-shake je ESP ni dan minum. Bertenaga dan kenyang 4 jam hingga 5 jam. 

Berat baby pun cantik even ada yang cakap kalau makan banyak  vitamin risiko dapat baby besar masa lahir nanti. Masa lahirkan Safa berat Safa hanya 3.15kg je. Tak la besar mana kan? Kakak marwah lagi besar even tak makan vitamin, 3.18kg. Ibu banyak makan vitamin, bayi besar? Mitos je semua tu.





Fungsi setiap satu supplement dalam Set Hamil Shaklee

Antara vitamin yang ada dalam set hamil Shaklee ialah :


  • VITALEA : Sejenis multivitamin dan mineral lengkap yang mengandungi zat besi. Vitalea ni membantu masalah bacaan HB rendah yang boleh membawa kepada anemia di kalangan ibu hamil. Jika HB sentiasa rendah kemungkinan boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu-ibu yang mudah letih serta rasa nak pitam elok amalkan vitalea dua biji sehari. 

  • OSTEMATRIX : Bantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur. Ostematrix ni ada kalsium dan vitamin D yang juga membantu ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam sepanjang malam supaya kekal segar keesokkan harinya. Selain itu, jika mengalami masalah tekanan darah tinggi atau rendah, Ostematrix dapat membantu untuk mencegah masalah ini berulang. 

  • ESP: Bantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Ia juga membantu mengawal paras kolestrol ibu-ibu hamil. Paras G.I yang rendah sesuai diamalkan oleh ibu diebetes kerana memberi rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu. 

  •  B-COMPLEX : Mencegah penyakit diabetes ketika hamil. Berperanan untuk menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga. Juga mengandungi asid folid yang elok untuk perkembangan saraf bayi. Ibu hamil yang sentiasa tertekan dengan kerja rumah dan pejabat juga boleh ambil B-Compex kerana ianya vitamin anti-stress 

  • VITAMIN C : BAntu menguatkan imun sistem badan ibu0ibu yang sedang hamil. Ia juga membantu pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Vitamin C juga menggalakkan pertumbuhan kolegen, membantu ibu hamil kekal cantik, mempunyai kulit yang berseri serta tidak kusam sepanjang kehamilan. 

  • OMEGA GUARD : Penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Dengan amalkan Omega Guard setiap hari, berat ibu hamil dapat dikwal. Kepada ibu-iby yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak, boleh cuba amalkan Omega Guard bermula dari trimester kedua bagi membantu mengawal berat badan. 

Selepas rasai sendiri pengalaman consume Set Hamil Shaklee ni, baru tau macam mana seronok dia tu. Hehe. Patutlah kawan-kawan yang dah amalkan Set Hamil Shaklee ni seronok sangat dan tak cari set lain dah bila mengandung anak ke 2, ke 3 dan seterusnya. Set Hamil Shaklee memang amazing. 

Kalau mommies di luar sana masih tercari-cari Set Hamil terbaik untuk dijadikan BFF sepanjang hamil ni, cubalah Set Hamil Shaklee. Bella highly recommend sebab Bella sendiri dah consume. Khas untuk customer yang beli melalui Bella, Bella akan consult dan guide cara amalkan set hamil ni dengan cara yang betul sepertimana yang Bella sendiri amalkan sepanjang mengandung =)

ISABELLA MASRI,
Whatssap : +6018.372.2729
Your Shaklee Independent Distributor 

FOLLOW OFFICIAL INSTAGRAM SHAKLEE BELLA :

@isabellashaklee

FOLLOW OFFICIAL FB PAGE SHAKLEE BELLA :

Isabella Masri 
Continue Reading

AIR YANG BOLEH DIMINUM KETIKA PANTANG!!
.

.

Kali nie Bella nak share air apa yang boleh diminum ketika pantang. Bella buat entry nie untuk rujukan Bella juga untuk next panytang. Tak payah susah-suasah cari dah. Semua dah ada kat blog sendiri. Hiks. Kali ni pantang terlebih rajin buat research ape yang boleh makan, boleh minum. Sebelun nie berpantang, makan je ape yang mak dan ibu sediakan.
.
Masa pantang nie, air sangat diperlukan. Kalau zaman dulu, cara pantang lama memang tak digalakkan minum air banyak. Takut urat kembang, luka lambat kering (nie pesan orang dulu-dulu). Minum air pun kena catu. Minum lepas makan je. Waktu lain boleh minum secawan.
.
Straight betulkan berpantang zaman dulu. Tapi sekarang dengan cara pemakanan kita, dah tak boleh nak straight macam dulu sangat. Tambah dengan cuaca dan menyusukan anak lagi. Ibu yang berpantang digalakkan minum banyak air. Minum sedikit-sedikit tapi kerap.
.
Antara minuman yang digalakkan ketika berpantang ialah:-

1.AIR SUAM
.
Air suam nie air utama dalam berpantang. Kenapa air suam? Sebab kalau air sejuk takut badan masuk angin. Tak bagus untuk wanita dalam pantang. Nanti kembang dan sakit urat saraf. Tak sekarang, mungkin masa akan datang. So better jangan minum.
.
2. SUSU KAMBING
.
Bella suka sangat susu kambing ni. Original flavour atau chocolate, dua-dua Bella suka. Kalau susu kambing fresh, kurang sikit. Bella pernah minum susu kambing Hi-Goat, Lazz, Khalish dan Wildan. Paling Bella suka susu kambing Wildan (original dan chocolate).

.
3.SUSU COKLAT
.
Susu coklat yang tepung. Tak kisah jenama ape. Kalau dapat susu coklat Cadbury tu lagi sedap. Malam-malam time supper bancuh suam-suam panas cicah dengan biskut. Sedapkan.
.

4. MILO
.
Milo pun sama, Bella selalu cicah dengan biskut. Selalu Bella minum petang atau supper. Tapi ada mommies yang tak minum milo sebab takut sembelit. Bella alhamdulillah ok je
.

5. HORLICKS
.
Ni pun salah satu minuman feveret Bella. Sebelum ni tak suka pun Bila order kat kedai selalu manis yang amat. Tapi sejak berpantang nie, suka lak minum. Bancuh sendiri letak gula perang satu sudu. Certain ada yang letak susu pekat manis tu. Tapi Bella nak tak berani. Even ada yang cakap ok, tak de masalah nak letak susu pekat manis, Bella lebih prefer letak brown sugar. Lagi satu yang paling best Horlicks ni juga boleh jadi MILKBOOSTER tau.
.

6. KOPI
.
Air kopi pun sangat terkenal dalam pantang kan. Bukan kopi 3 in 1 tau. Ni kopi asli. Kopi O kosong je. Boleh cicah dengan biskut. Sedap. Masa first pantang dulu Bella minum. Second pantang ni belum minum lagi. Sebab dah jumpa banyak minuman lain yang boleh minum  Hehe. Ada mommie yang cakap kopi o nie pun MILKBOOSTER tau.
.

7. KURMA MERAH/ RED DATES

Rebus red dates ni dengan air masak dan minum macam biasa. Kalau campur air rebusan red dates nie dengan longan kering, ia boleh bantu banyakkan susu badan juga.  Rasa dia manis-manis buah gitu. Dulu Bella beli red dates nie kat kedai cina yang jual herba-herba.
.


8.JUS BUAH_BUAHAN
.
Sedapnyaaa. Jus buah-buahan nie kena rajin la nak buatkan. Ada juicer kejap je siap. Hihi. Banyak buah yang boleh dimakan masa pantang, kalau nak tujar selera, boleh la buat jus. Buah oren, epal merah, strawberry, blueberry dan buah-buah yang tak sejuk.
.

9. OREN SUNQUICK
.
Oren Sunquick nie pun boleh minum tau. Tapi minum suam-suam la, bukan sejuk. Kalau boleh elakkan letak gula. Bagus untuk bantu mommies yang sembelit. Ia bagi kita lawas.
.

10. AIR HERBA/PERIUK
.
Minuman herba atau dipanggil ubat periuk, diamalkan untuk membanyakkan susu mommies dan melancarkan pengeluaran darah nifas juga. Ia juga bantu untuk melawaskan pembuangan air besar dan angin berlebihan dalam badan ibu berpantang.
.
11, MADU
.
Madu banyak khasiatnya kan. Jadi mommies boleh gantikan gula dalam minuman dengan madu. Pantang kali nie Bella minum pati Jus Delima Gulsan dengan Madu. Sedapppp.Tak la setiap hari. Bila teringin je.

.

12. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
.
This is really my top feveret. Sedap sangat. Mommies yang pernah minum mesti tak boleh stop kan. hehe. ESP nie bantu percepatkan sembuhan luka, mengurangkan kesan parut, bagi tenaga kepada mommies ketika berpantang, kuatkan rahim, dan bertindak sebagai MILKBOOSTER tau. Banyak lagi manfaat ESP nie. Nanti mommies boleh baca next entry ok.
.
Khusus kepada mommies yang mengandung, sedang berpantang atau menyusu di luar sana, yang ingin mendapatkan supplement tambahan, boleh hubungi Bella melalui Whatsapp. Khas buat customer yang beli melalui Bella, Bella akan consult dan guide cara mengamalkan set hamil, berpantang dan menyusu dengan cara yang betul sepertimana yang Bella sendiri amalkan :)

ISABELLA MASRI,
Whatssap : +6018.372.2729
Your Shaklee Independent Distributor 

FOLLOW OFFICIAL INSTAGRAM SHAKLEE BELLA :

@isabellashaklee

FOLLOW OFFICIAL FB PAGE SHAKLEE BELLA :

Isabella Masri 
.


.



Continue Reading