5 TIPS KULIT PUTIH, CANTIK & SIHAT | ISABELLA MASRI


MAKAN MAKANAN SEIMBANG

Perempuan dengan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Ibarat isi dengan kuku. Kulit yang putih, gebu, bebas jerawat, parut dan jeragat menjadi idaman setiap wanita diluar sana. Kulit yang cantik mesti kena sihat kan. Jom kita tengok 5 tips untuk kulit cantik, putih dan sihat.

 TIPS KULIT PUTIH, CANTIK & SIHAT


Kurang atau elakkan makan makanan yang  mengandungi lemak dan berminyak. Banyakkan makan makanan yang direbus, stim atau bakar. Selain tu, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

MINUM AIR PUTIH

Banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air sangat penting untuk elakkan daripada dehidrasi.Selain daripada itu, air yang cukup penting untuk kekalkan kelembapan bibir, kulit dan mencegah penuaan dengan cepat.

CUCI MUKA SEBELUM TIDUR

Biasakan diri cuci muka sebelum tidur. Jangan tidur dengan makeup di muka!! Nanti kulit muka akan berminyak dan jerawat mudah tumbuh. Korang boleh guna krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. 

TIDUR YANG CUKUP

Pastikan korang mendapat tidur dan rehat yang secukupnya. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh badan berfungsi dengan baik. Kalau korang tidur tak cukup, ia akan menyebabkan anda menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya.Selain itu, korang akan mendapat gelaran baru tau, PANDAWOMEN disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata. SCARY TAK??


LINDUNGI KULIT DARIPADA SINARAN MATAHARI

Penting untuk kita melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merbahaya. Ianya untuk mengelakkan muka menjadi merah, sunburn, dan timbul garis kedutan. Korang boleh pakai krim sun protection semasa keluar daripada rumah. 

5 tips di atas adalah tip asas yang amat mudah untuk diamalkan kan? Simple je. Hanya perlu usaha dari kita je. So, jangan nak bermalas-malasan ya. 

Ingat bukan senang nak cantik.... 

Continue Reading